Monday, October 17, 2011

KELAS KEK LAPIS DI PARIT RAJA

Ni program Ahad lepas. haku telah di jemput oleh Kak Arbayah untuk membuat kelas demo kek lapis di bangunan IKS Parit Raja Batu Pahat. Ramai gak yang hadir dalam kelas ni. dan pada masa yang sama Y.B Ab Aziz (ADUN Kawasan Parit Raja) serta isteri dan juga Pengarah Kolej Komuniti turut di jemput hadir untuk melawat aktiviti yang di jalankan. Lepas ni berkemungkinan besar akan ada kerjasama di antara Kolej Komuniti dan projek yang di usahakan oleh Kak Arbayah. InsyaAllah.. Dalam kelas ni haku tunjukkan 4 jenis kek Lapis. Kek lapis dwi pandan yang sepatutnya kaler hijau.. tapi haku gi letak warna warni.. hehehehe.., kek Lapis Asam Manis, Kek Lapis Cheesy Oreo dan kek lapis bercorak. Kelas bermula dari pukul 9.00 am sehingga 5.00pm. memang penat tapi seronok. sebab semua peserta begitu bersemangat nak belajar. jadi korang layan je la gambar2 yang sempat haku amik ni.. P/S - Gambar tak cantik.. sebab pakai camera hp Mr. Hubby...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...